10 Tips Hijrah buat kaum wanita

DISEDIAKAN OLEH
 

Nama         : Nur Aisyah Binti Ameruddin 
Kelas          : DSI 3B
No Matrik   : DSI 201923685

                                                            link youtube    :  https://youtu.be/73h1c48tW-E
  
Hai & Assalamualaikum, 
Hari ni saya nak share serba sedikit tentang tips hijrah yang boleh muslimah ikuti. InshaAllah sama sama kita ubah diri kita untuk menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

DEFINISI HIRAH :

Perpindahan Nabi Muhammad SAW dari Mekah ke Madinah, berhijrah.

  1. Berpindah dari Mekah ke Madinah (bkn Nabi  Muhammad SAW)
  2. Meninggalkan sesuatu tempat untuk mencari pekerjaan.

Menghijrahkan memindahkan (tentera dsb) ke tempat lain. Penghijrahan perbuatan atau hal berhijrah; perpindahan. Penghijrahan perbuatan atau hal menghijrahkan; pemindahan. Penghijrah orang yang berhijrah.



10 TIPS HIJRAH 


86 Best ana muslim images | Anime muslim, Islamic cartoon, Hijab ...

1.  Hati mesti kental dan mempunyai semangat

Jika ingin berhijrah, hati mesti kuat menempuh pelbagai cabaran dalam dunia yang kian moden ini. Harus sedar diri jika betul-betul nak berhijrah, Jangan ambil perkara hijrah ini sambil lewa. Tanam di dalam hati " saya ingin berubah sekarang kalau tidak saya akan rugi". Semua amal bermula daripada niat. Segala niat bermula daripada hati. Jika hati tidak kuat perkara yang dilakukan itu menjadi sia sia sahaja. Penghijrahan ni memang nampak sukar tetapi kalau betul betul ingin melakukannya secara tidak langsung perkara itu akan menjadi mudah.

Hijrah kerana ALLAH SWT. Bukan kerana ikut orang atau ikut trend. Jika amalkan penghijrahan itu kerana Allah, automatik hati kita menjadi kuat. Kenapa? kerana hati kita ini milik Allah. Allah suka apabila hati-hatinya ini kembali kepadaNya.


2.   2. Doa senjata mukmin


Stock Video Portfolio by positvtplus Studio | Shutterstock

Doa ini memang tidak boleh tinggal walaupun dalam apa jua keadaan. Doa itu SENJATA buat kita. Bila dalam keadaan sedih kita doa minta kekuatan. Bila dalam keadaan kesusahan kita doa minta kesenangan. Bila dalam keadaan kegembiraan kita doa minta menjadi hamba yang bersyukur. Berdoa la sampai akhir hayat kita. Kerana Allah telah berfirman : “berdoalah kepada-Ku, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembah-Ku, nescaya akan masuk neraka Jahannam dalam keadaan hina”.

(Al-Mu’min ayat 60)

Doa buat hati jadi kuat. Ibarat diari kita nak luahkan pada Allah. Dan sebaik-baik senjata bagi orang mukmin adalah doa. Maka dengan ini teruskanlah berdoa dan jangan putus doa pada pencipta kita iaitu Allah SWT. 


3. Sahabat yang solehah

Ide oleh Fitry Anhy pada hijab | Kartun, Ilustrasi karakter, Animasi

Sahabat ibarat minyak wangi, kalau seseorang memakainya semua di sekelilingnya akan merasa tempias wangian itu sekali. Bagaimana sahabat kita, macam itulah kita seperti yang kita selalu dengar sahabat itu cermin buat kita. Akhlak kita dipengaruhi oleh akhlak kita juga. Carilah sahabat yang sentiasa menyokong kamu dan menegur setiap kesalahan yang kamu lakukan. Tidak perlulah mencari sahabat yang hebat berpoket besar seperti doremon. Cukuplah dia menunjukkan akhlak yang baik dan membimbing kita ke jalan Allah. Jika kita ingin berhijrah, Allah akan mengirimkan hamba-hambaNya yang soleh dan solehah untuk menemani kita dalam penghijrahan itu.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
perumpamaan orang beriman yang berkasih sayang dan saling rahmat merahmati dan di dalam kemesraan sesama mereka adalah seperti satu tubuh, apabila satu anggota mengadu sakit, maka seluruh tubuh akan turut merasainya dan membantunya dengan berjaya malam dan demam. (Riwayat Muslim)


4. Sentiasa ada masa ke majlis ilmu / taman-taman syurga

Malaikat 'payungi' mereka yang hadir ke majlis ilmu

Kita memang ada limit masa dan selalu sibuk dengan hal masing-masing. Student kena study, pekerja memang kerja. Carilah masa terluang walaupun sedikit sahaja seperti berkorban masa untuk mengisi jiwa.Orang yang dalam semangat untuk berhijrah selalunya sentiasa teruja untuk setiap peluang. Kalau dari awal kita susah nak pergi ke majlis ilmu maka susah juga untuk kita pergi ke taman-taman syurga di akhirat kelak. Jika seseorang itu mengajak kita untuk pergi ke majlis ilmu maka pergilah dengan rela hati. Jika tidak sampai ke sudah diri ini memberikan seribu alasan yang beraneka bentuk mungkin faktor segan, tidak biasa, tidak berani dan sebagainya. Tapi apa yang pasti, keterujaan terhadap sesuatu benda mengatasi segala faktor yang boleh menghalang jika 'BENAR' hendak berhijrah.


5. Cari suasana tarbiyah dalam apa jua cara

Suasana tarbiyah boleh digunakan melalui media massa seperti internet, facebook, youtube dan sebagainya. Dengan cara melihat ceramah semasa dari laman sosial. Ini adalah cara Allah mendidik kita tanpa kita sedar. Ini merupakan suasana yang Allah nak bagi kepada kita asalkan kita betul dengan niat penghijrah kita. Mungkin Allah sengaja nak bagi kita tercari-cari menyelusup ke lubang-lubang cacing sekalipun, menggali-gali sampai keletihan. Kerana Allah nak bagi kita rasa betapa manisnya beroleh ilmu, betapa manisnya rasa berjuang mencari tarbiyah dan dianggap asing. Kalau sebelum ni asyik asyik dengar lagu korea atau pun tengok drama korea apa kata kita tukar dengar lagu nasyid, alunan zikrullah dan bacaan tilawah ataupun tengok ceramah islam dari dalam dan luar negara untuk mencari semangat dan pengajaran. Inilah yang dikatakan berjuang demi sesuatu penghijrahan.


6. Banyakkan bacaan-bacaan ilmiah

Tips keenam ini sangat penting kerana awal dahulu Rasulullah SAW terima wahyu disuruh untuk membaca oleh malaikat Jibril, Malaikat Jibril berkata "bacalah..",lihatlah di awal penerimaan Islam pun nabi dah disuruh untuk membaca. Takkan kita ini umat tidak maksum taknak mengamalkan diri untuk membaca. Ringan kan tangan untuk membeli segala ilmiah yang berkenaan dengan agama atau yang lebih bermanfaat. Paling mudah sekarang ikut pada zaman moden ini semuanya di hujung jari, kita boleh sahaja tengok pada mana-mana blog yang ada. Dunia hujung jari sahaja Allah bagi kemudahan  pada kita tinggal untuk menggunakan cara yang betul. Awal kunci ilmu adalah membaca. Setiap ibadah yang dilakukan mestilah mempunyai ilmu pengetahuan agar tidak terjerumus ke arah jalan yang sesat. Dari itu kita akan dapat tahu hikmah sesuatu ibadah itu. Segala persoalan mesti ada jawapan segala jawapan boleh didapati pada pembacaan ilmiah.


7. Tidak Bertangguh

Jika benar ingin berubah maka kita kene teruskan perjalanan itu. Jangan tangguhnya dalam apa jua keadaan. Sebagai contoh, malam menangis sebab teringat pelbagai dosa yang telah dilakukan dan dah pasang niat untuk berubah tetapi esok paginya masih melakukan perkara yang sama. Dan berfikir bahawa berubah boleh dibuat pada bila-bila masa. Tiada kejayaan bagi yang bertangguh. Kalau ingin berhijrah azam kena kuat, azam yang kuat kerjanya takkan ditangguhkan. Ingatlah bahawa syaitan tidak pernah berehat untuk menghasut kita dan untuk menyesatkan hati manusia. Jangan sesekali tanam dalam diri bahawa yang kita ini masih muda maka tidak perlulah berubah awal. Allah SWT tidak pernah berfirman bahawa oarng yang muda takkan merasai mati. Dalam bab hijrah ini segala perkara ibadah dan kewajipan kita sebagai umat Islam jangan ditangguhkan.


8. Belajar dan mengajar

Apabila kita dah semangat mencari suasana berhijrah. Perasaan ingin berkongsi ilmu kepada orang lain itu akan muncul secara tiba-tiba. Ini peluang kita untuk memulakan taaruf dengan berdakwah. Bila sudah belajar dan mempunyai ilmu, ini menjadikan kebiasaan kepada kita untuk mengajarkannya semula kepada orang yang memerlukan sentuhan jiwa. Ini membolehkan kita untuk mengumpulkan saham pahala ilmu yang boleh kita bawa ke akhirat kelak. Apabila kita dah mengajar sesuatu ilmu, secara tidak langsung kita akan mengamalkan apa yang disampaikan dari lisan kita sendiri. Dari sini kita dapat ketahui bahawa manisnya berdakwah. Berjinak-jinak dengan dakwah akan mendidik kita untuk terus semangat.


9. Tidak memburukkan orang lain

Jika kita terlihat cara hidup seseorang itu lebih teruk daripada kita jangkakan tidak usah la mengatakan bahawa "kawan lebih jahat dari kita so aku nak jadi baik daripada dia". Jika seseorang itu berilmu dan niatnya betul untuk berhijrah tidak akan mengatakan sedemikian. Sebab penghijrahan kita bukannya untuk sesiapa melainkan Dia. Jika benar kita melakukan penghijrahan dalam diri kita secara tidak langsung syurga menjadi 100% buat kita. Allah yang memegang hati-hati kita dan hanya Allah sahaja yang ketahui siapa yang diberi hidayah atau tidak. Yang menghukum baik buruk seseorang itu adalah Allah SWT dan Dialah hakim pada kita. Merasa diri itu lebih baik dari orang lain adalah sifat yang sangat tidak baik untuk diamalkan. Rasa itu boleh merosakkan amalan kita. Iman seseorang itu menaik dan juga menurun. Kerja kita adalah untuk mendoakan diri sendiri dan sahabat-sahabat kita.


10. Istiqamah

Istiqamah itu sangat penting buat kita. Ramai yang tersungkur bertarbiyah lamanya dan hilang rasa suasana beragama dan tidak lagi rindukan ilmu. Berusaha di dalam diri untuk terus berada di dalam suasana ilmu agama. Adapun yang sudah ada suasana tanpa mencari, tetapi mensia-siakan suasana yang ada. Berubah itu memang payah, tetapi Istiqamah itu lagi payah. Pernahkah kita mendengar Mujahadah itu pahit, kerana syurga itu manis. Apa guna dapat syurga dengan senang lenang, kena ada sesuatu yang diusahakan untuk mendapatkan syurga itu. Kita merupakan hamba Allah yang kuat. Allah sedang mengintai kita merintih, dalam keadaan kita tidak kuat, kerana kekuatan itu hanya ada pada Dia. Rintihan dan pengaduan yang Allah rindukan setiap hari daripada kita. Semoga Allah menguatkan hati-hati kita dan terus diberikan 'cahaya' dalam jiwa untuk istiqamah dalam jalan yang lurus.



Rujukan:-

1. Kak Hasanah, (2016),  '#HENSHIN MUSLIMAH', Inspirasee International Sdn. Bhd 10-31, SOHO Plaza Azalea Shah Alam, Jalan Pelaburan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

Comments

Popular posts from this blog

Because You Are Beautiful ♡

Why not to be Wanita Solehah