Why not to be Wanita Solehah


                                                            

                                                    Disediakan Oleh:      
             
                Nama: Wan Nur Afiqah Binti Jamallul Afandi

                Kelas: DSI 3B

                No.Matriks: DSI201923640



         Tidak semestinya apabila disebut wanita solehah merujuk kepada isteri kerana nas ilahi juga menyebut berkaitan perempuan yang menjaga maruahnya. Wanita solehah biasaya disebut seperti ini untuk menjadi satu idaman kepada lelaki dalam membina rumahtangga. Hal ini sepertimana sabda Nabi SAW:

فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ

Maksudnya: "pilihanlah perempuan yang beragama nescaya beruntunglah kamu."
Riwayat Al-Bukhari dan muslim

Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan ungkapan فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ  yang membawa maksud sewajarnya bagi seorang yang beragama dan memiliki maruah (adab) untuk menjadikan agama sebagai petunjuk dalam setiap perkara. Lebih-lebih lagi dalam perkara yang dia akan berteman dan tinggal selamanya (isteri). Maka Nabi SAW menyuruh agar mendapatkan seorang wanita yang memiliki agama di mana agama adalah puncak keinginan.

        Iman Nawawi menyebut bahawa hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa kebiasaan adat seseorang apabila ingin menikahi wanita terdapat empat perkara yang menjadi kayu pengukur. Rasulullah SAW menyuruh agar dilihat pada agamanya kerana ianya menguntungkan seseorang di dunia dan di akhirat.

Khadijah, Wanita yang Alim - Islami[dot]co
        Tidak banyak syarat yang dikenakan oleh islam untuk seseorang wanita untuk menerima gelar solehah seterusnya menerima pahala syurga yang penuh kenikmatan dari Allah S.W.T hanya perlu memenuhi dua syarat sahaja iaitu:

1) Taat kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya.

2)  Taat kepada suaminya.


 "Wanita (isteri) solehah adalah yang taat lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada kerana allah telah memelihara mereka." - Surah An-Nisa

        Berdasarkan firman tersebut, Ciri-ciri utama seorang wanita atau isteri yang solehah adalah mentaati penciptannya dan mematuhi suaminya dengan memelihara kehormatan diri sewaktu ketiadaan suami.

Lalu Allah S.W.T berfirman:

"Jika sampai nabi menceraikan kalian, Mudah-mudahan tuhannya akan memberi ganti kepadanya isteri-isteri yang lebih baik daripada kalian Muslimat, Mukminat, Qanitat, Taibat, Abidat dan Saihat dari kalian janda ataupun gadis."

Berpandukan firman tersebut disenaraikan beberapa ciri wanita dan isteri solehah yang disebutkan oleh Allah S.W.T:

PUTRA'S BLOG: Rahmat ALLAH SWT bagi Wanita yang Jujur1) MUSLIMAT
- Wanita-wanita yang ikhlas kepada Allah S.W.T dengan tunduk kepada perintahnya dan suruhan Rasulnya.

2) MUKMINAT
- Wanita-wanita yang mengakui perintah dan larangan Allah S.W.T.

3) QANITAT
- Wanita-wanita yang taat kepada Allah S.W.T.

4) TAIBAT
- Wanita- wanita yang sentiasa bertaubat dari dosa-dosanya yang lampau dan kembali kepada perintah Rasulullah SAW walaupun harus meninggalkan segala kesenangan nafsu mereka.


5) ABIDAT
Amalan Seorang Istri Ketika Suami Meninggal – ISLAM KAFAH- Wanita-wanita yang banyak melakukan ibadah kepada Allah S.W.T dengan mentauhidkan dirinya.

6) SAIHAT
- Wanita-wanita yang sering berpuasa tidak kira dari kalangan janda ataupun anak dara.

        Sesungguhnya mana-mana wanita yang sentiasa melakukan segala suruhan dan meninggalkan segala larangan Allah pasti akan ditempatkan dalam golongan wanita yang dirahmati dan diberkati.

Rasulullah SAW juga ada bersabda:

"Apabila seorang wanita solat lima waktu, Puasa sebulan di bulan ramadan, Menjaga kemaluannya dan taat kepada suaminya, Maka dikatakan kepadanya: Masuklah engkau ke dalam syurga dari pintu mana saja yang kau sukai."
(Hadis Riwayat Ahmad)

        Namun begitu, Mencari wanita solehah itu bukanlah mudah. Diibaratkan seperti mencari sebutir permata di timbunan pasir, seakan sama tapi mungkin terpilih yang palsu. Wanita yang baik akan menjadi isteri solehah yang sama-sama membantu membina rumahtangga untuk menuju ke syurga.

Gambar Muslimah Syar'i oleh astika.rahmawati | Wanita, Gaya hijab ...        Kecantikan dan kemanisan wanita solehah itu tidak terletak pada kecantikkan wajahnya atau pada kemanjaannya, Tetapi ianya terletak pada akhlak dan budi perkertinya. Daya penarik wanita solehah itu bukan pada kemanisan bicaranya yang mengoncang iman para muslimin dan bukan pula terletak kebijaksanaanya bermain lidah dan memujuk rayu. Tetapi, daya tarikannya terletak pada iman dan ketakwaannya kepada Allah S.W.T.

        Seterusnya, Wanita solehah tidak berbangga dengan kecantikkan luaran kerana satu hari nanti ianya akan lapuk di telan zaman, Tetapi yang dijaga dan dipelihara adalah kecantikan dalaman agar dirinya bersih dan sentiasa mendapat rahmat dari Ilahi. Disamping itu, Wanita solehah tidak berbangga dengan ilmu duniawi yang dikuasainya kerana ada lagi manusia yang lebih berpengetahuan darinya. Selain itu, Wanita solehah tidak pula berdukacita atas kekurangan dirinya kerana ada lagi insan yang lebih malang darinya.

        Wanita solehah sentiasa menjaga iman dan takwanya dan membuangkan sifat-sifat keji yang ada di dalam hatinya. Seterusnya, Wanita solehah merasakan bahawa hidup di dunia ini hanya sementara dan diakhiratlah kehidupan yang kekal abadi. Selain itu, Wanita solehah sentiasa menghiasi dirinya dengan akhlak islam, menutup aurat, berhati hati ketika dalam percakapan dan pergaulannya supaya terhindar daripada kemurkaan dari Allah S.W.T. Justeru itu, Wanita solehah sentiasa menjaga lidahnya daripada mengumpat, memfitnah dan berkata dusta. Seterusnya, Wanita solehah melakukan ketaatan kepada Allah S.W.T dan bersedia menjadi isteri dan ibu solehah.

        Terdapat banyak keistimewaan wanita solehah yang tidak dimiliki oleh wanita-wanita lain yang dimiliki kecantikan oleh wanita solehah yang benar.

4 Tugas Wajib Lelaki Yang Kebanyakan Lelaki Tak Mampu Buat. Lelaki ...PERTAMA: Menundukan pandangan (ghadhdul bashar) kepada yang bukan mahramnya, nescaya hati dan jiwa akan semakin bening dan jernih.

        Allah S.W.T berfirman maksudnya: "Katakanlah kepada orang laki-laki yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya yang demikian itu adalah lebih suci bagi mereka, Sesungguhnya Allah S.W.T maha mengetahui apa yang mereka lakukan." "Katakanlah kepada wanita yang beriman hendaklah mereka menahan pandangannya, kemaluannya dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang biasa nampak dari padanya."
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

KEDUA: Sentiasa bersikap jujur, nescaya akan menjadi lebih semakin manis.

        Daripada Abdullah bin Masud katanya sabda Nabi SAW maksudnya: "Sesungguhnya kejujuran mengantarkan kepada kebaikan dan kebaikan mengantarkan kepada syurga. Sesungguhnya seseorang biasa berlaku jujur hingga ia disebut siddiq (orang yang sentiasa jujur). Sedangkan dusta pula mengantarkan kepada perilaku zalim dari perilaku zalim menghantarkan kepada neraka. Sesungguhnya seseorang biasa berlaku dusta hingga ia disebut pendusta besar."
(Hadis Riwayat Bukhari, Muslim dan Tirmizi)

KETIGA: Rasa malu yang lahir daripada iman.

        Daripada Abu Hurairah, Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Iman mempunyai lebih daripada enam puluh cabang. Adapun malu adalah salah satu cabang dari cabang iman." Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sifat malu itu akan menghasikan kebaikan." Sifat malu itu adalah sifat yang terpuji. Dengan memiliki sifat ini seseorang wanita solehah akan terlepas daripada segala kejahatan kerana adanya sifat ini akan terhindarlah segala keburukkan dan dengan sifat malu ini akan meningkatkan darjat keimanannya.

Sayyidina Ali Bin Abi Thalib berkata: "Orang yang menjadikan sifat malu sebagai pakaiannya, nescaya orang-orang tidak akan melihat aib dan cela pada dirinya."

KEEMPAT: Sentiasa beristighfar yang menghilangkan semua dosa dan kesalahan yang di lakukan.

Hari Ini 26 Maret 2020 Umat Muslim Memasuki Bulan Syaban, Ini Doa ...        Istighfar merupakan syair para nabi dan rasul, tidak ada seorang nabi pun yang tidak beristighfar dan selalu mengajak umatnya untuk beristighfar. Nabi Adam a.s dan Siti Hawa beristighfar atas dosa yang telah mereka lakukan sepertimana firman Allah S.W.T. dalam surah Al-Araf ayat 23 maksudnya: "Ya tuhan kami, Engkau tidak mengampuni kami dan memberi rahmat kepada kami, nescaya pastilah kami termasuk orang-orang yang merugi."

        Sabda Nabi SAW maksudnya: "Barangsiapa mengucapkan 'Astagfirullahal Adzim aladzi laa ilaha illa huwal hayyul qayyum wa atubu ilaihi' akan diampuni dosa-dosanya meskipun pernah lari dari medan peperangan."
(Hadis Riwayat Al Hakim)

KELIMA: Sentiasa menjaga kehormatan diri dan menutup aurat

        Wanita solehah dalam perjalanan harian kehidupannya penuh dengan keimanan dan ketakwaan kepada Allah S.W.T sentiasa menjaga kehormatan diri, menutup aurat, cukup berhati-hati dalam percakapannya, pergaulan dan tidak menimbulkan fitnah dan syak wasangka.

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Dunia ini adalah perhiasan dan sebaik-baik perhiasan itu adalah wanita solehah."
(Hadis Riwayat Muslim)

        Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: "Apabila seorang wanita (Isteri) itu telah melakukan sembayang lima waktu, berpuasa dibulan ramadan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, Maka ia dijemput di akhirat supaya masuk syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya)."
(Hadis Riwayat Ahmad, Ibnu Hibban dan Thabrani)

Wanita Muslimah | humairoh.com        Firman Allah S.W.T maksudnya: "Dan hendaklah mereka menutup kain tudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putra-putra suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putra-putra saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan terhadap wanita atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah S.W.T, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung." 
(Surah Al-Fath Ayat 29)

KEENAM: Sentiasa bersifat tawaduk dan membina rasa ukhwah.

        Firman Allah S.W.T Subhanahu Wa Ta'ala maksudnya: "Mereka keras terhadap orang-orang kafir, Tetapi berkasih sayang sesama mereka."
(Surah Asy-Syu'ara ayat 215)

Nabi SAW bersabda maksudnya: "Maukah kamu aku tunjukkan akhlak yang paling mulia di dunia dan di akhirat? Memberi maaf pada orang yang menzalimimu dan menyambung silaturrahim orang yang memutuskanmu."
(Hadis Riwayat Baihaqi)

        Dalam hadis yang lain Nabi SAW bersabda maksudnya: "Maukah kamu aku tunjukkan amal yang lebih besar pahalanya daripada solat dan puasa?" Sahabat menjawab, "Tentu saja!" Rasulullah SAW kemudian menjelaskan, "Engkau damaikan bertengkar, menyambungkan persaudaraan yang terputus, mempertemukan kembali saudara-saudara yang terpisah, menyambungkan berbagai kelompok dalam islam dan mengukuhkan ukhuwah di antara mereka, semua itu adalah amal soleh yang besar pahalanya. Barangsiapa yang ingin dipanjangkan usianya dan dibanyakkan rezekinya, hendaklah is menyambungkan tali persaudaraan."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

KETUJUH: Mengelakkan fitnah untuk menjaga kesucian diri.

        Dari Abu Malih Al-Hudzil: Kaum perempuan kota Himsh  atau penduduk Syam menemui Aisyah. Lalu Aisyah berkata "Kamu adalah kaum perempuan yang masuk ke kamar mandi. Padahal, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Siapa saja perempuan yang meletakkan pakaian bukan di rumah suaminya, maka Allah S.W.T akan membuka aibnya."
(Hadis Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Hakim)

Nizar: Kenapa Pengasas Sendayu Tinggi Berpurdah?Abu Hurairah r.a pun menyebutkan ketika turun ayat Al-Mula'anah (tentang suami isteri yang saling melaknat kerana tuduhan perbuatan serong) Rasulullah SAW bersabda maksudnya: "Siapapun perempuan yang menemui suatu kaum yang bukan kerabatnya, ia akan tidak memperoleh apapun dari Allah S.W.T dan dia tidak akan memasukkannya ke syurga."

        Dari Aisyah r.a berkata: "Sesungguhnya wanita-wanita Quraisy memiliki beberapa kelebihan. Demi Allah S.W.T sesungguhnya aku tidak pernah melihat wanita lain yang lebih baik daripada wanita kaum Anshar dalam hal keimanannya terhadap kitabullah dan apa-apa yang diturunkan-Nya. Ketika turun surah An-Nur pada potongan ayat yang ertinya: Dan hendaknya mereka mamakai tudung sampai menutupi dada mereka. Maka saat itu pula para suami membacakan kepada anak-anak perempuan, saudara-saudara perempuan dan kerabat-kerabatnya setelah dibacakan, Maka tidak ada satu wanita pun kecuali mereka memakai tudung (Jilbab) lalu mereka melipatkannya di atas kepala mereka. Hal ini dilakukan kerana kepercayaan dan keimanan mereka terhadap apa yang telah diturunkan oleh Allah S.W.T dalam kitab-Nya. Kemudian tatkala mereka berada di belakang Nabi Muhammad SAW, mereka terlihat sudah mengenakan jilbab. Seolah-olah di atas kepala mereka ada seekor burung ghirban."

        Hadis di atas menunjukkan contoh perempuan yang tidak menjaga dirinya daripada perkara-perkara yang boleh mendatangkan fitnah yang akan menjerumuskan pada fitnah yang lebih besar. Semoga semua para wanita sentiasa menjaga kesucian diri mereka dan elakkanlah segala bentuk fitnah yang mungkin boleh berlaku tanpa disedarinya. Fitnah dizaman moden ini adalah berhati-hati di dalam perhubungan dengan lelaki yang bukan mahram di alam maya samada melalui facebook, whatsapp, instagram dan meletakkan gambar-gambar peribadi yang mungkin boleh disalah gunakan oleh mereka yang telah rosak akhlaknya.

KELAPAN: Sentiasa berwuduk nescaya akan bercahaya wajahnya di hari akhirat.

        Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya umatku akan dipanggil pada hari kiamat dalam keadaan wajah dan hujung kedua anggota tangan dan kaki mereka bercahaya hasil daripada kesan-kesan wuduk."

KESEMBILAN: Sentiasa menimba ilmu yang bermanfaat

Nabi Muhammad SAW bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke syurga."
(Hadis Riwayat Muslim)

        Wanita solehah mengharapkan balasan syurga daripada Allah S.W.T sebagai ganjaran paling tertinggi dan paling dikehendakinya. Maka wanita solehah akan sentiasa belajar dan menuntut ilmu yang bermanfaat samaada  ilmu fardu ain atau fardu kifayah. Hal ini kerana, sesiapa yang menuntut ilmu akan dinaungi dan didampingi oleh para malaikat dan mendapat rahmat daripada Allah S.W.T.

Dari Sini Akhlaq Muslimah Dilihat oleh Seorang Laki-Laki yang ...        Wahai wanita solehah, apabila piala hati kalian telah dipenuhi kecintaan dan kesetiaan yang mendalam kepada Allah S.W.T barulah mudah fizikal dan akal diarah untuk melakukan sebarang bentuk kebaktian. Sesungguhnya kebaktian yang utama dilakukan oleh wanita solehah ialah membantu agama Allah S.W.T supaya syariat islam dapat mewarnai seluruh hidup insan. Setiap saat seluruh tenaga akan digembeling untuk menyebarkan seruan keyakinan supaya setiap anggota masyarakat menepati tujuan manusia diciptakan.

        Akhir sekali, berhati-hatilah didalam menjalani kehidupan ini, hiasilah akhlak kalian dengan perkara seperti yang dinyatakan di atas. Jangan biarkan ia kecundang dengan daya tipu dunia dan terpengaruh dengan pujuk rayu anak adam. Sekiranya kalian cuba menjadi wanita solehah insya allah pasti kalian akan mendapat kebahagiaan dan dirahmati oleh allah di dunia dan mendapat kemuliaan di hari akhirat. Yakinlah bahawa menjadi wanita solehah ini bakal menjadi ketua bidadari di syurga yang lebih cantik daripada bidadari didunia yang sementara ini.


Rujukan:

1) Kak Hasanah, (2016),  '#HENSHIN MUSLIMAH', Inspirasee International Sdn. Bhd 10-31, SOHO Plaza Azalea Shah Alam, Jalan Pelaburan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

2) https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/3270-al-kafi-1192-ciri-ciri-wanita-solehah-dan-kelebihannya.

3) https://www.alraudhah.com/ciri-ciri-wanita-dan-isteri-solehah-yang-disebutkan-allah.


Comments

Popular posts from this blog

Upload Gambar vs Sangka Baik

Because You Are Beautiful ♡