Tutup Aurat? Hmm.

 





Disediakan oleh:

Nama: Anis Sofea bt Mohamad Kefri

Kelas: DSI 3B

No Matrik: DSI201923629






Bila sebut tentang aurat, ramai yang mengambil ringan tentang perihal tersebut. Kita boleh tengok bagaimana orang zaman moden kini memelihara aurat mereka. Jangan memandang kesalahan orang lain sahaja, lihat saja diri di cermin sekarang. Adakah dengan pakaian itu Allah redha? Adakah pakaian itu Allah sayang dan cinta padamu? Adakah dengan pakaian itu menjaminkan kau untuk ke syurga? Jawapan ada pada kau sendiri.

            Wahai wanita perindu syurga, tutuplah auratmu sepertimana kamu menjaga permata yang indah begitu juga kamu menjaga auratmu kerana aurat adalah salah satu perintah wajib yang diperintahkan oleh Allah kepada umatnya. Perkara ini telah dijelaskan di dalam ayat al-Quran surah an-Nur ayat 31 yang menjelaskan tentang kewajipan menutup aurat untuk wanita muslim yang telah sampai akil baligh.

            Ramai yang terpengaruh dengan fesyen terkini terutama fesyen yang datang dari negara barat. Biasalah zaman serba moden. Mereka beranggapan bahawa menutup seluruh badan adalah perbuatan kolot. Dalam islam tak melarang kita untuk berfesyen atau ikut trend zaman sekarang tetapi pakaian tersebut perlulah menutup aurat, tidak terlalu nipis dan tidak menampakkan bentuk badan sehingga menampakkan benda yang tak sepatutnya.

            Ada juga yang menutup seluruh badan tetapi memakai pakaian yang bercorak dan warna yang cerah. Perkara ini adalah tidak dibenarkan kerana mereka menarik perhatian orang disekeliling mereka. Pakaian yang bercorak dan berwarna haruslah bersederhana dan tidak terlalu cerah. Jika perkara diatas sudah dipatuhi, maka anda boleh menampilkan diri anda.

Banyak kesilapan wanita tentang menutup aurat:

1.      Mereka menganggap menutup aurat adalah dengan memakai tudung sahaja.


2.      Bertudung tetapi baju mengikut bentuk badan sehingga menampakkan benda yang tak sepatutnya.


3.      Berrtudung tetapi berlengan pendek.


4.      Bertudung tetapi kainnya terbelah.


5.      Bertudung tetapi menampakkan rambut hadapan.


6.      Bertudung tetapi tudungnya singkat sehingga terdedah dadanya.


7.      Bertudung tetapi kainnya nipis.


8.      Bertudung tetapi tidak memelihara lengan tangan dan kaki dengan memakai handsock dan stoking.


9.      Bertudung tetapi menampakkan leher.


10.  Bertudung tetapi menampakkan telinga kerana ingin menujuk anting-anting yang dipakai.


11.  Bertudung tetapi menampakkan sanggul


    Kesemua jenis pakaian diatas adalah tidak dibenarkan kerana telah bercanggah dengan syariat islam. Aurat bagi seorang wanita adalah keseluruhan badan kecuali muka dan kedua tapak tangan kerana memang ada rukhsah untuk dinampakkan. Bukan perempuan sahaja yang perlu menutup aurat malah lelaki juga perlu menutup aurat iaitu dari pusat hingga ke lutut.

Sabda Rasulullah: Dua jenis manusia yang akan menjadi ahli neraka, yang mana aku tidak sempat melihat mereka, (kerana tidak ada pada zamanku. Mereka ini akan lahir pada akhir zaman). Yang pertama kata Nabi ialah golongan yang memegang alat sebatan seperti ekor lembu yang digunakan untuk memukul manusia (melakukan kezaliman). 

Dan golongan kedua kata Nabi SAW adalah kalangan perempuan berpakaian tetapi bertelanjang, pakaian yang menggodakan, pakaian yang nipis, pakaian yang ketat; di atas kepala mereka dihias. Rambutnya laksana bonggol unta. Mereka tidak dapat masuk ke syurga, bahkan tidak dapat menghidu dan mencium keharumannya, walaupun baunya syurga itu dapat dihidu dari jauh. - [HR Muslim 5098].

            Selain itu, ada pula yang hanya menutup aurat pada waktu-waktu dan tempat-tempat tertentu sahaja sebagai tanda penghormatan dan memenuhi keperluan adat. Contohnya pada hari Jumaat, ketika berada di tanah suci, ketika menghadiri majlis keagamaan dan menziarahi jenazah. Namun, pada waktu lain mereka kembali memakai pakaian yang mendedahkan aurat tanpa segan silu seolah-olah kewajipan menutup aurat ada tempoh masa, tempat tertentu dan hari tertentu sahaja.

            Memang tak dinafikan segelintir masyarakat bila kita bertudung labuh, berpakaian menutup aurat, mereka akan mengkritik kita contohnya “bajet alim la si polan ni”, “eleh hipokrit je tu”, “eee buruknya fesyen dia” dan seumpamanya. Tapi kita tengok balik niat kita kenapa kita berpakaian sedemikian.

            Jangan tunggu kita tua baru nak berubah. Jangan sama sekali kerana ajal maut di tangan Allah. Kita tidak mampu untuk menanggung seksaan api neraka. Jadi ingat balik tujuan kitaa hidup, kita hidup bukan untuk manusia tetapi untuk Allah. Jika ada ahli keluarga atau kenalan yang rapat tidak menutup aurat, maka bimbinglah mereka.

            Kesimpulannya Allah amat sayang terhadap hambanya. Allah menurunkan perintah itu supaya dapat menutup aib kita dari timbulnya fitnah. Oleh itu, kita sebagai hamba Allah mesti patuhi perintahnya dan meninggalkan larangannya. Nak berfesyen tidak salah, asalkan mengikut syarak.

(669 Words)

 https://www.facebook.com/ksi.kpbkl/ 


https://youtu.be/73h1c48tW-E


Rujukan:-

1. Kak Hasanah, (2016),  '#HENSHIN MUSLIMAH', Inspirasee International Sdn. Bhd 10-31, SOHO Plaza Azalea Shah Alam, Jalan Pelaburan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.

2. https://www.mstar.com.my/xpose/addin/2020/02/07/pakaian-kewajipan-dan-trend

 


Comments

Popular posts from this blog

Upload Gambar vs Sangka Baik

Because You Are Beautiful ♡

Why not to be Wanita Solehah