Because You Are Beautiful ♡
Nama: Farihah Aisyah Bt. Omar
Matriks: DSI201923930
Kelas: DSI 3B
Dalam fasa sebuah kehidupan, bukanlah selamanya kita yang menjadi jahat akan selamanya jadi jahat, sama juga kita yang menjadi baik tidak akan selamanya jadi baik. Iman setiap manusia ini naik dan turun. Pemurahnya Allah SWT kerana berat mana pun dosa kita, Dia akan sentiasa buka pintu taubat buat hambaNya yang serba khilaf ini.
Banyak cara untuk kita berubah ke arah yang lebih baik
selagi mana titik KESEDARAN itu masih ada dalam diri kita. Kenali cara untuk
membentuk diri kita kepada hamba yang benar-benar mengamalkan cara hidup Islam.
Ciri yang pertama
1. Memiliki aqidah yang
sejahtera dalam diri.
@zahra |
Langkah-langkah untuk menjadinya
adalah tidak mengkafirkan orang islam. Setiap manusia pasti membuat
kesilapan, tidak kira kesilapan besar atau kesilapan yang kecil tetapi
janganlah kita sampai mengkafirkan orang islam. Apakah alasan dan sebab kita
kafirkan orang islam? Kerana mengkafirkan orang islam ini besar di mata Allah
SWT.
Seperti baginda Rasulullah SAW bersabda:
أَيُّمَا رَجُلٍ قَالَ لِأَخِيهِ يَا
كَافِرُ، فَقَدْ بَاءَ بِهَا أَحَدُهُمَا
Yang bermaksud: Mana- mana orang yang
mengatakan kafir kepada saudaranya: Wahai kafir! Maka jatuhlah (kafir) ke
atas salah seorang daripadanya.
Riwayat al-Bukhari dan Muslim
Hukum kafir
mengkafirkan ini berasal dari Allah SWT dan Rasulullah SAW. Hanya orang-orang
yang telah diberi kekuatan ilmu yang mampu yang boleh menghukumi seseorang ini
kafir atau tidak. Seterusnya, Langkah-langkah yang kedua adalah tidak
mendahului perkara lain berbanding Allah SWT. Kita sering mendahulukan
perkara lain berbanding Allah SWT seperti ketika sudah azan berkumandang, kita
hendaklah solat selepas sahaja azan. Janganlah suka tangguh solat. Langkah yang
ketiga adalah pandai memilih sahabat. Memilih sahabat yang soleh dan
solehah adalah sangat penting kepada setiap individu itu. Jika kita memilih
sahabat yang baik maka dia akan bawa kita ke arah jalan yang baik dan sentiasa mengingatkan
kita kepada Allah SWT dan RasulNYA. Manakala, jika kamu memilih sahabat yang
tidak baik, dia akan bawa kamu ke arah keburukan dan membuatkan kamu lupa pada
Allah SWT dan RasulNYA.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
"Teman yang
baik dan teman yang tidak baik itu diumpamakan seperti pembawa kasturi dan
peniup api, maka si pembawa kasturi mungkin memberikan kasturi itu kepada kamu
atau kamu dapat membelinya, atau kamu dapat mencium baunya yang wangi.
Bagaimanapun peniup api mungkin membakar pakaianmu atau kamu dapat mencium
baunya yang busuk."
(Hadis
riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Langkah terakhir
adalah yakin bahawa mati akan datang pada bila-bila masa. Sebagai
seorang muslim, kita hendaklah sentiasa percaya dan yakin bahawa mati itu akan
datang pada bila-bila masa sahaja. Alangkah baik jika ketika nyawa kita
diambil, kita berada dalam keadaan berzikir dan ketika menunaikan solat
berbanding dengan keadaan sewaktu kita sedang menyanyi lagu-lagu yang
melalaikan atau ketika kita sedang membuat perkara yang membuang masa.
Ciri yang kedua:
2.
Mengamalkan ibadah yang betul
Langkah-langkah
untuk menjadinya adalah khusyuk dalam solat. Sepertimana yang dikatakan oleh
Imam Al-Ghazali, orang yang tidak khusyuk solatnya adalah dikira sia-sia
belaka, kerana tujuan solat itu selain untuk mengingati Allah SWT, ia juga
berfungsi sebagai alat pencegah dari perbuatan keji dan mungkar. Solat yang
khusyuk ialah mereka yang sentiasa sedar dan mengikuti segala pengertian dari
setiap kalimah yang di ucapkan di dalam solatnya. Langkah yang kedua adalah bersedekah. Bersedekah adalah amalan yang paling mulia dan ia juga perbuatan yang
disukai Allah SWT. Langkah yang ketiga adalah banyak mengingati kepada Allah
SWT. Walaupun ketika kita sedang
belajar, bekerja atau membuat sesuatu perkara itu, kita hendaklah sentiasa
mengingati bahawa Allah itu sentiasa ada bersama kita.
Firman Allah S.W.T
dalam Al-Quran yang bermaksud:
“Orang yang beriman
hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan
mengingati Allah, hati menjadi tenteram.”
(Surah Ar-Ra’d; ayat 28)
Langkah yang
terakhir pula ialah khusyuk ketika membaca Al-Quran. Selain kita membaca
Al-Quran sahaja, apa kata kita baca beserta maknanya sekali? Baca Al-Quran ini
juga memerlukan keihklasan dari hati.
Ciri yang
ketiga
3. Memiliki akhlak yang mantap
3. Memiliki akhlak yang mantap
Langkah-langkah
untuk menjadinya adalah jangan mengumpat. Setiap individu muslim sering
mengumpat salah seorang. Mengumpat adalah perkara yang tidak mulia dan jika kita mengumpat keburukan seseorang itu, apa yang kita dapat? Rasulullah SAW
juga melarang kita untuk mengumpat keburukan seseorang itu. Maka marilah kita
bersama- sama berhenti mengumpat seseorang. Jika kita ingin mengumpat, basahkan
bibir kita dengan zikir. Langkah yang kedua pula adalah rasa malu melakukan
kesalahan. Sejak kebelakangan ini, perbuatan ini sering dilakukan oleh
remaja di media sosial, seperti remaja lelaki dan perempuan yang bukan mahram
berpegangan tangan dan menayangkan ia di media sosial. Mereka sangka dengan
ramai individu yang puji atau berkata buruk itu membuat dia lebih popular.
Perkara ini sangat ditegah dalam islam.
Langkah yang ketiga
adalah sentiasa berterima kasih. Mengucapkan terima kasih kepada
seseorang yang telah mambantu kita atau kepada seseorang yang telah melakukan
kebaikan itu sangatlah dipandang mulia. Langkah yang terakhir pula adalah menziarahi
orang sakit. Amalan menziarahi orang sakit adalah hak yang mesti ditunaikan
buat orang yang sihat.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Hak seorang Muslim terhadap seorang Muslim
yang lain ada lima iaitu menjawab salam, menziarahi yang sakit, mengiringi
jenazahnya ke perkuburan, menerima undangan dan mendoakan orang yang bersin.”
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Langkah yang ketiga
adalah mengurangkan gurau senda. Bentuk hiburan yang dapat mencapai
tujuan itu ialah nyanyian, gurauan, lawak jenaka atau apa saja yang boleh
membuatkan seseorang ketawa dan menghilangkan kedukaan di hati. Islam adalah
agama fitrah yang diturunkan untuk manusia. Kita tidak mampu untuk membayangkan
bagaimana Islam boleh menghalang naluri manusia ketawa dan bergembira. Islam menerima
semua perkara yang boleh menjadikan kehidupan seseorang hamba itu lebih ceria
dan Bahagia. Antara syarat bergurau dan membuat lawak jenaka adalah tidak
menjadikan pendustaan jalan untuk menjadikan orang lain ketawa.
Rasulullah SAW
bersabda:
"Celakalah
bagi orang yang berdusta untuk berbicara untuk membuat satu kaum ketawa, celaka
baginya, celaka baginya, celaka baginya."
(Riwayat Abu Daud)
Jenaka itu tidak
mengandungi celaan dan penghinaan kepada orang lain.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
"Wahai orang yang beriman! Janganlah
sesuatu puak (dari kaum lelaki) mencemuh dan merendah-rendahkan puak lelaki
yang lain, (kerana) harus puak yang dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka
dan janganlah pula sesuatu puak dari kaum perempuan mencemuh dan
merendah-rendahkan puak perempuan yang lain, (kerana) harus puak yang
dicemuhkan itu lebih baik daripada mereka dan janganlah setengah kamu
menyatakan keaiban setengahnya yang lain dan janganlah pula kamu
panggil-memanggil antara satu dengan yang lain dengan gelaran yang buruk. (Larangan
itu menyebabkan orang yang melakukannya menjadi fasik, maka) amatlah buruknya
sebutan nama fasik (kepada seseorang) sesudah dia beriman dan (ingatlah),
sesiapa yang tidak bertaubat (daripada perbuatan fasiknya) maka merekalah orang
yang zalim."
(Surah al-Hujuraat, ayat 11)
Ayat ini
menjelaskan bahawa kita tidak boleh bergurau senda, merendah-rendahkan dan memanggil
nama yang buruk kepada seseorang individu itu. Jangan pula jenaka itu
menyebabkan ketakutan dan memberi kebimbangan kepada orang lain.
Bergurau dan
ketawalah dengan kadar yang diterima oleh fitrah sejahtera. Islam menegah sikap
berlebihan dan keterlaluan dalam semua perkara termasuk ibadah apatah lagi
dalam soal bergembira, berhibur serta bergurau-senda.
sumber rujukan:
1. Kak Hasanah, (2016), '#HENSHIN MUSLIMAH', Inspirasee International Sdn. Bhd 10-31, SOHO Plaza Azalea Shah Alam, Jalan Pelaburan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
1. Kak Hasanah, (2016), '#HENSHIN MUSLIMAH', Inspirasee International Sdn. Bhd 10-31, SOHO Plaza Azalea Shah Alam, Jalan Pelaburan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor
https://www.facebook.com/ksi.kpbkl/
https://www.youtube.com/watch?v=73h1c48tW-E&feature=youtu.be
email: farihasyafira625@gmail.com
Comments
Post a Comment