Upload Gambar vs Sangka Baik
Nukilan:
Nurul Najwa Binti Mohd Zaid
DSI201923752
Diploma Syariah Islamiyah
Upload gambar? Isu yang sampai kiamat pun takkan pernah habis dibualkan. Dan perkara ‘wajib’ yang akan disebut oleh lidah orang ramai, ‘sangka baik’ sikit boleh?
Ingatlah wahai saudari yang manis, rupawan dan dermawan di luar sana, jika awak terus-terusan cakap mengenai sangka baik, maka orang yahudi pun boleh cakap pada Rasulullah, sangka baiklah untuk ‘mempertahankan’ kesalahan yang dilakukan bagi menutupi ‘dosa-dosanya’! Sampai bila terus-terusan jadi perkara sebegini? Sampai bila biarkan diri hanyut dengan pujian dan kata manis manusia? Sampai diri dibungkus dengan kain kafan? Sampai diri ditanam menjadi mayat?
Apa hukum letak gambar di media sosial bagi wanita…?
HARUS mengupload gambar apabila semua kenalan dalam fb seseorang muslimat itu terdiri daripada sejenis kaumnya SAHAJA, dan ahli keluarga. Mesti ada keperluan dan dengan penampilan yang cukup sopan.
Hukumnya boleh bertukar kepada MAKRUH apabila hanya sekadar untuk berseronok, menunjukkan keterampilan, kecantikan tubuh badan, kemewahan dan seumpamanya.
WALAUPUN telah menutup segala AURAT, bimbang juga rakan perempuan yang lain ada niat buruk untuk melakukan sesuatu yang memudaratkan atau mengaibkan.
Dan akhirnya, hukumnya boleh bertukar kepada HARAM apabila meletakkan gambar yang tidak menutup aurat, dan dilihat oleh orang -orang yang bukan mahram baginya. Sekalipun menutup aurat, ia tetap boleh menaikkan nafsu syahwat bagi kaum lelaki.
Kenapa segelintir wanita solehah tidak meng'upload' gambar?
1. Niat.
Niat upload gambar biarlah betul. Jangan upload gambar sebab nak bagi kaum Adam terpikat dengan kecantikan kita dan buatkan mereka jatuh cinta dengan kita. Perbetulkan niat.
2. Hukum.
Hukumnya harus tetapi dengan syarat menutup aurat dan tidak bertabarruj iaitu bersolek secara berlebihan seperti yang diharuskan syarak.
3. Kelemahan lelaki.
Kelemahan mereka adalah pada mata, atau pandangan. Ingat, duhai hawa hatta adam memakai pakaian sunnah tidak akan pernah menghalangnya untuk memandang kalian.
Soal upload gambar makanan di laman sosial. Teringat kisah di pondok, sangat sukar untuk melihat tok guru dan ustaz duduk makan di gerai-gerai makan. Sebab apa? Pertama, sebab taqwa dan yang kedua adalah sebab menjaga hak muslimin.
Taqwa: Disebut di dalam kitab Ta’alim Muta’alim, “jika melihat seorang guru yang selalu makan di kedai luar, maka jangan menuntut ilmu darinya kerana kurang taqwa, kerana dibimbangi ada makanan syubhah dalam makanan tersebut atau tukang masak kurang cermat dalam bab suci. Jadi, jika kita hendak makan diluar biarlah kita tahu ehwal pemilik serta tukang masak kedai tersebut.
Hak muslimin: Risau jika ketika sedang makan, terlihat seorang yang tidak mampu membeli makanan dan terliur ketika melihat kita makan.
Dibimbangi jika akan disoal pada hari perhitungan, mengapa kita tidak menunaikan hak muslimin. Oleh sebab itu, jika kita ke kedai makan pilihlah tempat duduk yang tersembunyi sedikit daripada pandangan orang yang lalulintas di kawasan kedai berkenaan dan cubalah elak untuk meng‘upload’ gambar makanan yang kita makan melainkan bertujuan untuk berniaga sahaja.
Kerana pada saat di akhirat kelak, jangan hairan jika lidah kita akan berkata di hadapan Allah,
“Ya Allah, aku makan makanan mewah. Tetapi membiarkan saudara seagamaku ketandusan kelaparan”
Ingat, semua anggota badan bakal menjadi saksi!
Kepada muslimahku sayang, nak upload, uploadlah, tapi jangan tayang pada ajnabi. Mahalkan dirimu sayang.
Sumber Rujukan: Kak Hasanah, (2016), '#HENSHIN MUSLIMAH', Inspirasee International Sdn. Bhd 10-31, SOHO Plaza Azalea Shah Alam, Jalan Pelaburan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.
Sumber Rujukan: Kak Hasanah, (2016), '#HENSHIN MUSLIMAH', Inspirasee International Sdn. Bhd 10-31, SOHO Plaza Azalea Shah Alam, Jalan Pelaburan, Seksyen 14, 40000 Shah Alam, Selangor.
Nak tengok ahli kumpulan kita berlakon tak ? Haa kat bawah ni kita dah sertakan link video youtube. Jangan lupa untuk like, komen dan subscribe okeyh.. hehe. Terima kasih.
https://www.facebook.com/ksi.kpbkl/
Comments
Post a Comment