Because You Are Beautiful ♡
Nama: Farihah Aisyah Bt. Omar Matriks: DSI201923930 Kelas: DSI 3B Dalam fasa sebuah kehidupan, bukanlah selamanya kita yang menjadi jahat akan selamanya jadi jahat, sama juga kita yang menjadi baik tidak akan selamanya jadi baik. Iman setiap manusia ini naik dan turun. Pemurahnya Allah SWT kerana berat mana pun dosa kita, Dia akan sentiasa buka pintu taubat buat hambaNya yang serba khilaf ini. Banyak cara untuk kita berubah ke arah yang lebih baik selagi mana titik KESEDARAN itu masih ada dalam diri kita. Kenali cara untuk membentuk diri kita kepada hamba yang benar-benar mengamalkan cara hidup Islam. Ciri yang pertama 1. Memiliki aqidah yang sejahtera dalam diri. @zahra Langkah-langkah untuk menjadinya adalah tidak mengkafirkan orang islam . Setiap manusia pasti membuat kesilapan, tidak kira kesilapan besar atau kesilapan yang kecil tetapi janganlah ki...