Posts

Because You Are Beautiful ♡

Image
  Nama: Farihah Aisyah Bt. Omar Matriks: DSI201923930 Kelas: DSI 3B      Dalam fasa sebuah kehidupan, bukanlah selamanya kita yang menjadi jahat akan selamanya jadi jahat, sama juga kita yang menjadi baik tidak akan selamanya jadi baik. Iman setiap manusia ini naik dan turun. Pemurahnya Allah SWT kerana berat mana pun dosa kita, Dia akan sentiasa buka pintu taubat buat  hambaNya yang serba khilaf ini.        Banyak cara untuk kita berubah ke arah yang lebih baik selagi mana titik KESEDARAN itu masih ada dalam diri kita. Kenali cara untuk membentuk diri kita kepada hamba yang benar-benar mengamalkan cara hidup Islam. Ciri yang pertama      1.    Memiliki aqidah yang sejahtera dalam diri. @zahra   Langkah-langkah untuk menjadinya adalah tidak mengkafirkan orang islam . Setiap manusia pasti membuat kesilapan, tidak kira kesilapan besar atau kesilapan yang kecil tetapi janganlah kita sampai mengkafirkan orang islam. Apakah alasan dan sebab kita kafirkan

Why not to be Wanita Solehah

Image
                                                                                                                  Disediakan Oleh:                                       Nama: Wan Nur Afiqah Binti Jamallul Afandi                 Kelas: DSI 3B                 No.Matriks: DSI201923640          Tidak semestinya apabila disebut wanita solehah merujuk kepada isteri kerana nas ilahi juga menyebut berkaitan perempuan yang menjaga maruahnya. Wanita solehah biasaya disebut seperti ini untuk menjadi satu idaman kepada lelaki dalam membina rumahtangga. Hal ini sepertimana sabda Nabi SAW: فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ تَرِبَتْ يَدَاكَ Maksudnya: "pilihanlah perempuan yang beragama nescaya beruntunglah kamu." Riwayat Al-Bukhari dan muslim Al-Hafiz Ibn Hajar menjelaskan ungkapan  فَاظْفَرْ بِذَاتِ الدِّينِ    yang membawa maksud sewajarnya  bagi seorang yang beragama dan memiliki maruah (adab) untuk menjadikan agama sebagai petunjuk

Tutup Aurat? Hmm.

Image
  Disediakan oleh: Nama: Anis Sofea bt Mohamad Kefri Kelas: DSI 3B No Matrik: DSI201923629 Bila sebut tentang aurat, ramai yang mengambil ringan tentang perihal tersebut. Kita boleh tengok bagaimana orang zaman moden kini memelihara aurat mereka. Jangan memandang kesalahan orang lain sahaja, lihat saja diri di cermin sekarang. Adakah dengan pakaian itu Allah redha? Adakah pakaian itu Allah sayang dan cinta padamu? Adakah dengan pakaian itu menjaminkan kau untuk ke syurga? Jawapan ada pada kau sendiri.             Wahai wanita perindu syurga, tutuplah auratmu sepertimana kamu menjaga permata yang indah begitu juga kamu menjaga auratmu kerana aurat adalah salah satu perintah wajib yang diperintahkan oleh Allah kepada umatnya. Perkara ini telah dijelaskan di dalam ayat al-Quran surah an-Nur ayat 31 yang menjelaskan tentang kewajipan menutup aurat untuk wanita muslim yang telah sampai akil baligh.             Ramai yang terpengaruh dengan fesyen terkini terutama fesyen yang datang dari

Upload Gambar vs Sangka Baik

Image
Nukilan:  Nurul Najwa Binti Mohd Zaid DSI201923752 Diploma Syariah Islamiyah Upload gambar? Isu yang sampai kiamat pun takkan pernah habis dibualkan. Dan perkara ‘wajib’ yang akan disebut oleh lidah orang ramai, ‘sangka baik’ sikit boleh? Ingatlah wahai saudari yang manis, rupawan dan dermawan di luar sana, jika awak terus-terusan cakap mengenai sangka baik, maka orang yahudi pun boleh cakap pada Rasulullah, sangka baiklah untuk ‘mempertahankan’ kesalahan yang dilakukan bagi menutupi ‘dosa-dosanya’! Sampai bila terus-terusan jadi perkara sebegini? Sampai bila biarkan diri hanyut dengan pujian dan kata manis manusia? Sampai diri dibungkus dengan kain kafan? Sampai diri ditanam menjadi mayat? Apa hukum letak gambar di media sosial bagi wanita…? HARUS mengupload gambar apabila semua kenalan dalam fb seseorang muslimat itu terdiri daripada sejenis kaumnya SAHAJA, dan ahli keluarga. Mesti ada keperluan dan dengan penampilan yang cukup sopan. Hukumnya boleh bertu